~semua cerita disini adalah cerita aku , alya dan aqil~

siapa aku ?
NUR SALIHAH BINTI NORDIN
ibu tunggal
bekerja di goverment sector bagi membesarkan 2 org cahaya mata

siapa alya ?
NUR ALYA SYAIRAH
anak perempuan aku yang kini berumur 7 tahun

siapa aqil
MUHAMMAD AQIL ANAQI
anak lelaki aku yang kini berumur 4 tahun

kebahagian aku kini hanya kami bertiga

erti sebuah kemaafan

kita membenci disebabkan kisah lalu yang pahit
hati sendiri merasa sedih sebab tak mampu nak lupakan
hati sendiri resah sebab tak mampu nak memaafkan

namun ...

kita memaafkan bukan bermakna kita dah lupa
kita memaafkan bukan bermakna segalanya tidak pernah berlaku
kita memaafkan sebab kita tak nak ada apa-apa lagi kaitan
cukuplah sekali
orang boleh kata apa saja, sebab mereka tiada di tempat kita
merasa derita yang pernah kita tempuhi, luka yang perit untuk dilupakan

kita memaafkan sebab kita sedar Allah itu ada,Dia yang maha adil
Dia yang cukup untuk memahami

pandangan manusia hanyalah pandangan luaran yang tidak cukup peka
untuk selami apa yang dirasai dan dilalui

kerana derita semalam, hari ini kita menjadi kuat dan belajar tentang kehidupan



- sallyalyaaqil -

3 comments:



Rizziela said...

kenapa ni ..sedihnya bunyi

Rizziela said...

Kenapa ni...sedihnya

SalihahNordin said...

single mother dah kak ... sbb tu byk entry lame delete ... malas dah nk kenang kisah lama ...