~semua cerita disini adalah cerita aku , alya dan aqil~

siapa aku ?
NUR SALIHAH BINTI NORDIN
ibu tunggal
bekerja di goverment sector bagi membesarkan 2 org cahaya mata

siapa alya ?
NUR ALYA SYAIRAH
anak perempuan aku yang kini berumur 7 tahun

siapa aqil
MUHAMMAD AQIL ANAQI
anak lelaki aku yang kini berumur 4 tahun

kebahagian aku kini hanya kami bertiga

Percutian ke Sabah - Part 1

alhamdullilah setelah 3 tahun dapat lagi saya menjejak kn kaki ke Negeri Sabah
kali ni pergi best sikit sebab nya x terkejar dengan ape2 program ... kikikiki

Harge tiket yang aku dapat RM200.00 pergi n balik - termasuk luggange, seat aku ambik yg RM10.60 tu, dan makan .. (kire dah murah dah bagi aku nie)
* boleh claim sbb pergi atas dasar kerja . untunglah !!! hahaha

2 Oct 2015
Flight saya jam 12.50pm, jadi jam 8 jerk saya dh bergerak menaiki kenderaan COMEL saya ke Putrajaya Sentral. Dari Putrajaya Sentral ke KLIA 2 saya menaiki KLIA Transit . Mudah kan ??? hehehe , saya x susahkan sesiapa dan saya boleh berdikari sendiri
Perjalanan dari KLIA ke KKIA mengambil masa selama 2 jam setgh . Sampai di KKIA, brother yang kami sewa kete tu dah pon tunggu . kami sewa kete MYVI 1.3 jerk . berbaloi2 rasenye . hahahahaha,

contact utk kereta sewa
ERWAN : +6010-9833719
MYVI utk 4 hari 3 malam : RM380.00

nampak x MYVI putih tu, tule kenderaan kami sepanjang di Sabah
sampai di KK jam dah pon 3.30 ptg, kedebak kedebuk, kami kuar dari KKIA jam 4 ptg .. sebenarnya kami dah plan malam pertama nk tido di Kundasang . Perjalanan ke Kundasang mengambil masa 2 jam dari KKIA . OTW ke Kundasang kami singgah di beberapa tempat untuk membeli makan malam dan sarapan pagi . kami sampai di Kundasang jam 7 mlm .

korang nampak x jam kat radio tu kol bape ? mase ni baru jam 6 ptg tapi ......... korang tgk lah sendiri, keadaan dah gelap , aku teruja sgt2 !!!! waaaaaaaaaa 
Hotel
J.Residence +6012 869 6969
Kami sewa Bilik 5B dgn jumlah harga semalam RM99.00

tempat sgt2 cantik, bilik air dinding kaca . hahahahaha . serious weh , mandi menghadap hutan n view gunung . mmg terbaik !! sejuk tahap gaban, suhu mencecah 16oC

view dari bilik kami . cantik kan ?? mase ni jam 0600 am
*alasan knp kami beli mkn malam di KK, sebab nye ctu kawasan kristian , mase otw ke Kundasang, aku nampak kain rentang DAGING BABI HUTAN SALAI kat gerai2 yang ade tepi jalan . kembang tekak makcik oiii !!!

hari kedua kami ke Kinabalu Park, Desa Cattle n Mari Mari Culture . saya cite next entry

1 comments:



Rizziela said...

teringin nak g sabah..belum berkesempatan