~semua cerita disini adalah cerita aku , alya dan aqil~

siapa aku ?
NUR SALIHAH BINTI NORDIN
ibu tunggal
bekerja di goverment sector bagi membesarkan 2 org cahaya mata

siapa alya ?
NUR ALYA SYAIRAH
anak perempuan aku yang kini berumur 7 tahun

siapa aqil
MUHAMMAD AQIL ANAQI
anak lelaki aku yang kini berumur 4 tahun

kebahagian aku kini hanya kami bertiga

KATA HATI


"aku tak nak jadi manusia yang pentingkan diri sendiri .. aku pun tak nak jadi manusia yang dibenci .. aku lebih rela dilukai dari melukai .. andainya satu hari nanti, aku menutup mata ..biarlah tiada hati yang terluka disebabkan aku .. "

Percutian ke iCity Shah Alam

Bismillah ..

dah lame x bercerita di dalam blog ni, maklum lah skrg ni facebook dah ade, wechat, twitter, instagram dn byk lagi media sosial yang ade...

Sejak dah berstatus 'ibu tunggal' byk habis kan masa bersama dengan ank2 dan kerja seharian. Baru2 ni cuti sekolah bulan 3 ari tu, x bawak jauh pon, maklumlah kami bertiga jerk .. saya decide pergi ke iCity Shah Alam. Lagipon Chinese New Year aritu tu, kami dah pergi ke Bukit Merah Lake Town Resort. (yang ni saya try cari bajet dalam berape)

Bawah ni adalah bajet percutian kami 2h1mlm di iCity Shah Alam

Bermalam di Best Western iCity Shah Alam : RM135.00
(beli di groupon)

Mandi di WaterPark iCity :
Dewasa : RM25.00
Kanak-kanak : RM20.00 (ank aku 2 orang)
Kad iCity : RM10.00

Total Kos : RM75.00

Malam jenjalan kat sekitar iCity.
Dewasa : RM50.00 , Kad : RM10.00
Kanak-kanak : RM40.00, Kad : RM10.00

Harga diatas adalah harga pakej termasuk WaterPark iCity, boleh main semua mainan yang ade di iCity. Kalau dulu kita boleh masuk single entry .. skrg ni dah kene beli pakej .. aku mmg dah terkene sgt2 ... ye lah ptg dah byr untuk masuk WaterPark, x kn mlm nk bayar lagi sbb nye aku rase lebih byk fun utk ank2 kat ctu, jadinye aku hanya ambik utk Alya dan Aqil shj .. (dah check kat laman web iCity, tapi x update, mmg ramai pengunjung yg terkena, sbb x de notice di mana2, mase pergi tu, staff sana ckp baru sgt implement start cuti sekolah pada 12 Mac 2016)

Kanak-Kanak RM40 x 2 = RM80
Kad RM10.00 (setiap sorang mesti ada kad, ptg tadi kat water park dah beli satu, jd mlm hanya tambah 1)
Tambah Junior Extreme RM10.00

Total untuk malam : RM100.00

Total Kos untuk mkn mlm RM50.00 (ada bawah bekal dari rumah, dan tgh ari ahad ade jemputan perkahwinan di subang, sarapan pagi mmg dah siap pakej dgn hotel)

Minyak dan tol : RM50.00 (saya guna MYVi lagi best)

Percutian kali ini, saya berhabis lebih kurang dalam RM410.00 (jika saya ambik pakej dari ptg saya dapat berjimat lebih kurang RM15.00 tapi saya boleh masuk semua yang ade di iCity sbb niat asal nak tgk City of Digital Light, tapi kali ni mmg x dpt tgk sbb kene bayar RM60.00 sedangkan ptg dah pon bayar ke masuk ke WaterPark **nanges!!!!)

Jika ada yang bercadang nak pergi bercuti di iCity boleh lah buat kira budget sebelum pergi ..

petang di WaterPark iCity

FunDrive, nasib kakak pandai drive, adek takut .. hehehe

Next trip Bukit Gambang, insya allah ...